Program/ Aktiviti/ Inisiatif SDG @ UTeM
SDG 16, SDG 3
PTj/PBU: Fakulti Teknologi Dan Kejuruteraan Industri Dan Pembuatan (FTKIP)
Kursus Team Bonding - Transformasi Cintakan Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM Untuk Staf FTKIP
FTKIP telah berjaya melaksanakan program yang julung kali diadakan demi untuk menyemat perasaan dan semangat CINTAKAN UTeM! Kehadiran para peserta dengan penuh semangat melambangkan kesungguhan dalam menjayakan program ini. Merupakan sebuah program berunsurkan KERJASAMA dan KEBERSAMAAN STAF dalam mengekalkan hubungan harmoni dikalangan warga Universiti amnya dan Fakulti ini sendiri secara khususnya yang juga terkait nilai teras utama Universiti di bawah program pembangunan kekeluargaan.