Skip to main content

Menu Mobile

Keunggulan Akademik

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berazam untuk menjadi universiti teknikal yang terkemuka, inovatif, dan kreatif di peringkat global, serta berkomitmen memberikan sumbangan positif kepada kesejahteraan negara dan dunia. Kejayaan ini dicapai melalui beberapa inisiatif utama: 

Pengajaran dan Pembelajaran Inovatif: UTeM menitikberatkan penyebaran ilmu pengetahuan melalui kaedah pengajaran yang inovatif, proses pembelajaran, penyelidikan, dan kepakaran teknikal. 

Kepimpinan dan Nilai Teras UTeM: Univeriti ini telah ditadbir berpandukan tatakerja beretika yang menekankan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan dan profesionalisme yang tinggi. 

Pembangunan Lestari: UTeM berusaha mencapai pembangunan lestari melalui kerjasama strategik dengan komuniti dan industri. 

Misi UTeM ini adalah menyediakan program akademik dan profesional yang disesuaikan dengan keperluan industri, menghasilkan graduan yang memiliki gabungan pengetahuan, kompetensi teknikal, kemahiran insaniah, tanggungjawab sosial dan akauntabiliti. UTeM juga menggalakkan pengembangan kaedah saintifik, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah secara kreatif.

UTeM fokus dalam melahirkan graduan dengan kemahiran kepimpinan, kerja berpasukan, kemampuan komunikasi dan dedikasi terhadap pembelajaran sepanjang hayat. Pengembangan kemahiran keusahawanan dan pengurusan dalam kalangan graduan serta menanamkan penghargaan terhadap seni, nilai budaya dan gaya hidup sihat juga merupakan sebahagian dari matlamat pendidikan UTeM.

Di samping itu, UTeM telah menunjukkan kejayaan yang signifikan dari segi kebolehpasaran graduan dan kepelbagaian program akademik. Pada tahun 2023, universiti telah mencatat kadar kebolehpasaran graduan umum sebanyak 96% dengan sebahagian besar graduan bekerja, melanjutkan pendidikan atau meningkatkan kemahiran mereka.

Di UTeM, kami memfokuskan pada dua bidang utama dalam pendidikan kelestarian: 

    1. Pendidikan untuk Kelestarian: Merupakan pendekatan pedagogi yang melibatkan pembelajaran transformatif. Ia bertujuan untuk mengubah cara pandang, pemikiran, dan tindakan pelajar terhadap isu-isu kelestarian. Pendekatan ini memfokuskan  pemahaman mendalam tentang nilai, pandangan dunia dan sistem  dalam konteks kelestarian, serta melatih pelajar menjadi agen perubahan yang bertanggungjawab. Ia menggalakkan analisis kritis, penilaian beretika, dan pembuatan keputusan, seterusnya menekankan kepentingan kerjasama dengan komuniti dan industri.  Pedagogi ini harus dimasukkan secara eksplisit dalam kurikulum untuk menghasilkan graduan yang mempunyai pengetahuan kelestarian.

    2. Pendidikan yang Menyumbang kepada SDG: Program dan aktivii pembelajaran khusus ini dirancang untuk menyumbang kepada tujuan SDG, atau salah satu SDG tertentu. Ini membolehkan pelajar mendapatkan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam menyokong pembangunan lestari. Berikut adalah senarai kursus yang terlibat.

      a) Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEK)
      b) Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Elektrik (FTKE)
      c) Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Mekanikal (FTKM)
      d) Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Industri dan Pembuatan (FTKIP)
      e) Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK)
      f) Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawan (FPTT)
      g) Pusat Pembelajaran Bahasa

        Komitmen SDG@UTeM – Menjuarai Pendidikan TVET

        Matlamat Pembangunan Lestari 4 (SDG 4) menekankan pada pendidikan berkualiti untuk semua. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) adalah salah satu universiti yang aktif berusaha mencapai objektif ini. Tindakan UTeM selaras dengan SDG 4 kerana ia menyokong pendidikan yang berkualiti tinggi, inklusif, dan adil, meningkatkan peluang pembelajaran, dan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat untuk semua.

        Pembelajaran sepanjang hayat di UTeM adalah komitmen berterusan untuk menyediakan pendidikan berterusan, peningkatan kemahiran dan  pengetahuan di luar kerangka akademik formal. Inisiatif ini dapat mendorong budaya pembelajaran berterusan dan peningkatan kemahiran, yang memenuhi keperluan individu yang berubah dengan cepat di dunia ini.

        Berikut adalah kaedah yang digunakan UTeM untuk menyokong pembelajaran sepanjang hayat: 

        1. Kursus dan Program Dalam Talian: UTeM menawarkan kursus dan program dalam talian melalui platform seperti MOOCs (Massive Open Online Courses) atau melalui sistem pengurusan pembelajaran yang dibangunkan oleh UTeM yang dikenali sebagai UCREDs. Kursus-kursus ini meliputi pelbagai subjek dan boleh diakses oleh umum. https://ucreds.utem.edu.my/

        2. Sumber Pembelajaran Terbuka (OER): UTeM menyediakan akses terbuka kepada bahan pendidikan, termasuk nota kuliah, slide pembentangan dan sumber lain yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja yang berminat dalam pembelajaran kendiri. https://library.utem.edu.my/ms/#eprint

        3. Perkhidmatan Perpustakaan: Perpustakaan UTeM tidak hanya menawarkan buku fizikal tetapi juga sumber digital, e-buku, jurnal, dan pangkalan data yang boleh diakses secara online. https://library.utem.edu.my/ms/pangkalan-data.html 

        4. Program Pendidikan Berterusan: UTeM menyediakan pendidikan berterusan dan pembangunan profesional. Ini boleh termasuk kelas separuh masa, seminar, atau bengkel yang meliputi pelbagai subjek. https://ppsh.utem.edu.my/ms/

        5. Kolaborasi dengan Industri: UTeM juga berkolaborasi dengan rakan industri untuk menyediakan bengkel, ceramah, atau seminar yang bertujuan mendorong pembelajaran sepanjang hayat dan peningkatan kemahiran dalam bidang atau industri tertentu. https://rice.utem.edu.my/ms/

        Hubungi Kami

        Pusat Pengurusan Strategik, Kualiti & Risiko
        Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka, Malaysia


        Tel: 06-270 4023    Faks: 06-270 1065    E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

        © UTeMSDG. All rights reserved.