Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mengamalkan pendekatan kolaboratif dalam melibatkan pelbagai sektor yang menekankan kelestarian, akses dan kesaksamaan, baik di peringkat nasional dan antarabangsa. Dalam konteks komitmen terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), UTeM berdedikasi bagi memastikan program-program utama menyokong kepada kelestarian lingkungan dan inklusiviti sosial. Ini melibatkan pelbagai aspek dari pendidikan, penyelidikan, operasi kampus dan aktiviti menginsani Quadraple Helix.
Peranan UTeM dalam Model Quadraple Helix:
Model Quadraple Helix melibatkan kerjasama antara universiti, industri, kerajaan dan masyarakat dalam memajukan inovasi dan pembangunan lestari. UTeM memainkan peranan penting dalam model ini dengan cara berikut:
PenghubungAkademikdanIndustri: UTeM mempromosikan penyelidikan dan pembangunan yang berorientasikan industri, menyokong inovasi yang relevan dengan keperluan pasaran dan pembangunan lestari.
KolaborasidenganKerajaan: UTeM bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan kerajaan dalam merumuskan dan mengimplementasikan dasar yang mendukung SDG, terutama dalam bidang pendidikan, kelestarian dan teknologi.
LibatUrusdenganMasyarakat: UTeM aktif melibatkan masyarakat melalui program pendidikan, menyediakan sumber dan pengetahuan untuk pembangunan komuniti yang lestari.
PendidikandanKesedaran: Universiti ini juga memainkan peranan dalam mendidik dan meningkatkan kesedaran tentang SDG di kalangan pelajar, staf akademik dan masyarakat serta mengalakkan pendekatan holistik terhadap kelestarian dan pembangunan mampan.
Melalui peranannya dalam model Quadraple Helix, UTeM tidak hanya memfokus terhadap pencapaian SDG tetapi juga memperkukuhkan ekosistem inovasi dan pembangunan yang lestari di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.
Pusat Pengurusan Strategik, Kualiti & Risiko Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka, Malaysia Tel: 06-270 4023 Faks: 06-270 1065 E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.