Program/ Aktiviti/ Inisiatif SDG @ UTeM
SDG 4, SDG 17
PTj/PBU: Pejabat Pengurusan Pembangunan (PPP)
Lawatan Kerja Bahagian Arkitek, Pejabat Pengurusan Pembangunan ke Rekta Habitat Melaka.
Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman, kemahiran binaan berkonsepkan kabin dan cara bagaimana perniagaan berkonsepkan "event space" terlibat dengan pelbagai fungsi. Sebagai contoh penternakan sebagai sebahagian daripada penginapan, pendedahan kepada teknologi pembinaan dari bahan kitar semula, pertukangan dan penanaman mandiri sebagai sebahagian daripada model perniagaan. Lawatan ini secara tidak langsung meningkatkan jaringan kerjasama bersama firma arkitektural terkenal di Melaka (Emilda Architect).