Program/ Aktiviti/ Inisiatif SDG @ UTeM
SDG 4, SDG 8
PTj/PBU: Fakulti Pengurusan Teknologi Dan Teknousahawanan (FPTT)
Program Kejurulatihan dan Bimbingan Digitalisasi Perniagaan @FPTT
Program Kejurulatihan dan Bimbingan Digitalisasi Perniagaan kepada Usahawan Wanita Komuniti Desa dan Usahawan Desa Ibu Tunggal di Pusat Komuniti Desa (PKD) berserta Guru dan Pelatih di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPKD) di bawah program Service Learning Malaysia-University For Society (SULAM) @ Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan (FPTT) UTeM.
Program SULAM ini dianjurkan di bawah kursus Keusahawanan Sosial (Kod kursus: BTMT3383) bagi pelajar Tahun 3, Sarjana Muda Teknousahawanan (BTEC) bermula daripada 20 Mei 2024 hingga 9 Jun 2024 (Tempoh Pengkuliahan Tiga (3) Minggu).
Guru dan Pelatih Orang Kelainan Upaya (OKU) PPDK diberikan latihan dan bimbangan digitalisasi pemasaran dan perniagaan dengan PPDK menyediakan peserta dan tempat berkursus. Untuk usahawan wanita desa dan ibu tunggal PKD, pihak FPTT menyediakan pelajar BTMT3383 seramai 43 orang sebagai peserta dan 10 orang usahawan terlibat.
Tarikh Program/Aktiviti/Inisiatif Dilaksanakan: