Program/ Aktiviti/ Inisiatif SDG @ UTeM
SDG 4, SDG 9
PTj/PBU: Fakulti Teknologi Dan Kejuruteraan Industri Dan Kejuruteraan Pembuatan (FTKIP)
Pertandingan Inovasi Rekabentuk Bagi Kursus Projek Rekabentuk Diploma Peringkat Fakulti & Program Infineon Week @ UTeM 2024
Penganjuran Infineon Week @ UTeM 2024 melibatkan kerjasama antara RICE dengan Fakulti, Pejabat Pendaftar UTeM, Pejabat Kesihatan UTeM dan Kelab Pelajar (SOCIETY OF MANUFACTURING ENGINEERS AND TECHNOLOGISTS (SMET) SESI 2023/2024) memperlihatkan pelbagai aktiviti iaitu perkongsian pengalaman industri, penyelidikan, ceramah kerjaya, pertandingan inovasi pelajar tahun akhir, aktiviti sosial seperti sukan dan penerapan program STEM.
Pertandingan produk inovasi ini merupakan platform untuk pelajar mengaplikasikan teori pembuatan yang dipelajari sepanjang pengajian bagi menghasilkan prototaip yang berfungsi. Pendekatan ini berupaya menambah pemahaman dan meningkatkan lagi kecemerlangan akademik dan kemahiran serta boleh membentuk pelajar yang kreatif dan inovatif selari dengan kehendak industri semasa.