Program/ Aktiviti/ Inisiatif SDG @ UTeM
SDG 4, SDG 3
PTj/PBU: Pejabat Pendaftar
Kursus Team Bonding Pejabat Pendaftar
Kursus ini merupakan inisiatif berterusan Bahagian Pembangunan Bakat (BPB) dalam menyokong pencapaian Pelan Strategik UTeM 5ST di bawah ST4 : Mencetuskan Ekosistem Rancak, Melestarikan Universiti Melalui Tema: 'Mengungguli Modal Insan' di mana staf perlu diberi ruang dan peluang untuk terlibat dalam program-program di bawah kluster Pembangunan Kekeluargaan seperti yang telah didokumenkan melalui Pelan Strategik Sumber Manusia UTeM 2015 – 2025.
Atas kepentingan tersebut, kursus ini perlu diadakan untuk memperkasa ukhwah di kalangan staf selain dapat mengekalkan keharmonian dalam tadbir urus dan operasi seharian di pejabat. Diharapkan kerjasama dan komitmen staf sepanjang kursus dapat melahirkan satu kekuatan dan rasa kebersamaan yang akhirnya diterjemahkan sebagai satu suara dan satu wadah dalam pemerkasaan organisasi.