Program/ Aktiviti/ Inisiatif SDG @ UTeM
SDG 17, SDG 9
PTj/PBU: Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (CRIM)
Seminar Pengurusan Projek Penyelidikan
Seminar Pengurusan Projek Penyelidikan telah disampaikan oleh Prof. Madya Ir. Dr. Abang Annuar Ehsan dari UKM. Seminar ini ditujukan khusus kepada Penyelidik Utama yang menerima geran penyelidikan bagi tahun 2023 dan 2024. Pengurusan Projek Penyelidikan merupakan elemen kritikal dalam memastikan kejayaan dan keberkesanan sesuatu projek penyelidikan. Seminar ini bertujuan untuk memperkukuhkan kemahiran pengurusan projek dalam kalangan penyelidik, serta membudayakan amalan pengurusan berkesan.