Program/ Aktiviti/ Inisiatif SDG @ UTeM
SDG 4, SDG 9
PTj/PBU: Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
Majlis Penyerahan Sumbangan Peralatan Dan Lawatan Oleh Pihak Maxeon(M) Sdn. Bhd. Ke UTeM
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) telah menerima satu deligasi Lawatan oleh pihak Maxeon (M) Sdn. Bhd. ke UTeM yang diketuai oleh Pengarah Urusan mereka. Dalam sesi tersebut juga telah diadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Peralatan daripada pihak Maxeon kepada wakil UTeM yang diketuai oleh Pengarah SMTC iaitu Profesor Madya Dr. Mohamad Zoinol Abidin bin Abd.Aziz. Ia adalah kesinambungan daripada hasil perbincangan dan lawatan-lawatan yang telah diadakan sebelum ini.