Program/ Aktiviti/ Inisiatif SDG @ UTeM
SDG 17, SDG 9
PTj/PBU: Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka
Hari Inovasi Negeri Melaka (HNM) 2024
Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM - Melaka sebagai rakan strategik Kerajaan Negeri Melaka dengan jayanya telah menganjurkan Hari Inovasi Negeri Melaka (HNM) 2024.
Program ini telah dihadiri oleh YB Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital, YB Datuk Fairul Nizam Bin Roslan yang hadir sebagai wakil YAB Ketua Menteri Melaka.
Program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari peserta yang terdiri dari IPTA/IPTS, Kolej Vokasional, Politeknik, Institut Latihan Perindustrian, agensi kerajaan dan swasta serta sekolah-sekolah dari sekitar Negeri Melaka. Penganjuran program ini memperoleh pelbagai idea dari masyarakat Negeri Melaka dalam bidang inovasi khususnya dengan lebih berkesan dan efisien.