Program/ Aktiviti/ Inisiatif SDG @ UTeM
SDG 4, SDG 17
PTj/PBU: Fakulti Teknologi Dan Kejuruteraan Industri Dan Pembuatan (FTKIP)
Program Bersama Meraih Kejayaan SPM TMS
FTKIP dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Tuanku Muhammad Kuala Pilah (TMS), telah menganjurkan "Program Bersama Meraih Kejayaan SPM TMS" yang telah disertai oleh 96 orang pelajar Tingkatan 5 TMS yang akan menduduki SPM 2024, serta 10 orang guru mereka. Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan motivasi yang tinggi kepada kesemua pelajar agar mereka mempunyai semangat dan dedikasi yang kuat untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang akan datang.