Program/ Aktiviti/ Inisiatif SDG @ UTeM
SDG 4, SDG 9
PTj/PBU: Fakulti Teknologi Dan Kejuruteraan Industri Dan Pembuatan (FTKIP)
Persidangan Mikroskopi SCMSM 2024
Scientific Conference of Microscopy Society of Malaysia kali ke-32 (SCMSM 2024) telah berlangsung pada 9-10 Disember 2024 di Courtyard by Marriott, Melaka. SCMSM 2024 dianjurkan oleh FTKIP bersama Persatuan Mikroskopi Malaysia (MSM), berjaya menarik 140 peserta dari 15 UA/IPTS/Agensi/Syarikat dari dalam dan luar negara.
SCMSM 2024 dirasmikan oleh YBhg Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Ghazali bin Omar, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), UTeM. Persidangan ini merupakan platform ilmiah untuk berkongsi penemuan terkini dan memupuk kerjasama dalam bidang mikroskopi di peringkat nasional dan antarabangsa.