Program/ Aktiviti/ Inisiatif SDG @ UTeM
SDG 4, SDG 9, SDG 6
PTj/PBU: Penerbit Universiti
Republika Merah sempena Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF2024)
Program Perkongsian ilmu buku bertajuk Sungai Sains dan Teknologi Melestari Komuniti disampaikan oleh
Prof. Ts. Dr. Effendi bin Mohamad sempena Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF2024). Program ini bertujuan memperkasa kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemuliharaan sungai melalui pendekatan saintifik dan inovasi teknologi. Perkongsian ini juga mengetengahkan peranan sungai bukan sahaja sebagai sumber semula jadi, malah sebagai elemen penting dalam pembangunan lestari komuniti.