Program/ Aktiviti/ Inisiatif SDG @ UTeM
SDG 4, SDG 8, SDG 17
PTj/PBU: Institut Pengurusan Teknologi Dan Keusahawanan (IPTK)
Global Community Services & Knowledge Sharing Transfer Programme IPTK-UPNVY-RICE bersama Komuniti Usahawan Melaka
Program ini merupakan kerjasama pintar di antara IPTK-RICE dan UPNVY daripada Indonesia. Antara objektifnya adalah; 1. Memindahkan dan berkongsi ilmu, kepakaran dan pengalaman Indonesia dalam pengurusan pemasaran digital dan industri halal kepada komuniti usahawan di negeri Melaka. 2. Melaksanakan satu aktiviti bersama antara IPTK dan FEB UPNV yang meningkatkan lagi hubungan kerjasama di peringkat antarabangsa. 3. Menjalankan kerjasama dalam bidang khidmat komuniti dengan rakan kolaborasi antarabangsa iaitu UPNVY. 4. Meningkatkan visibiliti dan mempromosikan UTeM di kalangan masyarakat setempat. 5. Melibatkan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bagi mengukuhkan lagi hubungan dengan Kerajaan Negeri Melaka.
Program ini disertai oleh Pelajar (bakal usahawan) program BTEC, FPTT (30), Pensyarah IPTK & RICE (15) dan Pensyarah FEB, UPNVY (13)