Program/ Aktiviti/ Inisiatif SDG @ UTeM

SDG 8, SDG 17, SDG 3
PTj/PBU: Pejabat Pengurusan Pembangunan (PPP)
OSH Awareness: Pengurusan Keselamatan Kebakaran
Ceramah berkaitan pengurusan keselamatan kebakaran di dalam bangunan. Kursus ini disampaikan oleh Timbalan Penguasa Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Melaka. Peserta diberi pendedahan tentang punca yang boleh menyebabkan berlakunya kebakaran, cara mencegah berlaku kebakaran serta tindakan yang boleh dilakukan apabila berlaku kebakaran. Setiap penghuni bangunan perlu berusaha mengesan dan memadam kebakaran di peringkat awal untuk mengelakkan berlakunya kemalangan jiwa.
