Program/ Aktiviti/ Inisiatif SDG @ UTeM

SDG 4, SDG 17, SDG 9
PTj/PBU: Perpustakaan Laman Hikmah
IEEE Xplore Digital Library : 2024 User Training
Program "IEEE Xplore Digital Library: 2024 User Training UTeM" dianjurkan oleh Perpustakaan Laman Hikmah, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosikan penggunaan perpustakaan digital IEEE Xplore kepada pensyarah, pelajar, dan penyelidik di UTeM. Program ini menyediakan sesi latihan yang komprehensif untuk membantu pengguna memahami dan memanfaatkan sepenuhnya sumber-sumber yang tersedia di IEEE Xplore.
