Program/ Aktiviti/ Inisiatif SDG @ UTeM
SDG 17, SDG 9, SDG 11
PTj/PBU: Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka
Program Unimadani: Projek Pemulihan Fisioterapi Dalam Komuniti Melalui Teknologi Rehabilitasi @Serkam
Projek Pemulihan Fisioterapi Dalam Komuniti Melalui Teknologi Rehabilitasi diketuai oleh Profesor Madya Ir. Dr. Mariam Binti Md Ghazaly dari Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Elektrik (FTKE), UTeM. Penerima manfaat bagi dana MOF bagi projek ini adalah penduduk DUN Serkam.
Program ini bertujuan membantu komuniti B40 menjalani pemulihan dengan lebih berkesan melalui inovasi rehabilitasi berteknologi berasaskan kepakaran kejuruteraan UTeM serta kerjasama strategik dengan JAPERUN Serkam demi meningkatkan kualiti hidup dan keterlibatan masyarakat setempat.