Skip to main content

Menu Mobile

KELESTARIAN@UTeM

KELESTARIAN
@UTeM

Selamat datang ke laman web Kelestarian Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

UTeM komited terhadap Agenda Pembangunan Mampan (SDG) yang bersepadu dalam setiap aspek aktiviti universiti. UTeM berbangga menjadi penyumbang aktif dalam usaha global mencapai Agenda Pembangunan Mampan 2030 yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

UTeM menerapkan SDG sebagai panduan untuk inovasi, penyelidikan, pendidikan dan operasi kampus yang beretika dan bertanggungjawab. Dengan mengintegrasikan 17 matlamat SDG ke dalam strategi pembangunan, UTeM bukan hanya mendidik para pemimpin masa depan yang peka terhadap isu kelestarian tetapi juga menghasilkan penyelidikan yang memberikan impak positif terhadap masyarakat dan alam sekitar.

Laman web ini akan menjadi wadah informasi mengenai inisiatif, pencapaian dan perkembangan terkini UTeM dalam pelaksanaan SDG serta memperlihatkan peranan UTeM dalam usaha kelestarian menuju ke arah dunia yang lebih adil, sihat dan makmur.

Apakah Matlamat Pembangunan Mampan? Matlamat Pembangunan Mampan atau dikenali sebagai Sustainable Development Goals (SDG) merujuk kepada 17 matlamat yang dibangunkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2015 sebagai pelan tindakan untuk manusia, bumi, kekayaan dan keamanan menjelang tahun 2030. Menerusi 17 matlamat ini terdapat 169 sasaran dan 247 petunjuk prestasi utama yang dikemukakan bagi merealisasikan kesemua matlamat tersebut (lihat Rajah 1).

SDG di UTeM

Untuk memperkasakan inisiatif SDG di peringkat UTeM, langkah pertama adalah dengan memastikan sokongan dan penglibatan langsung dari pengurusan tertinggi.

Ini termasuk melaksanakan Bengkel Penjajaran SDG dengan Pelan Strategik UTeM 2023-2025 dalam kalangan pengurusan tertinggi universiti (F1 Team) dan membentuk sebuah jawatankuasa SDG yang berfungsi di peringkat Pusat Tanggungjawab (PTj) dan Pihak Berkuasa Universiti (PBU). Melalui inisiatif ini, kesedaran dan kefahaman terhadap SDG dapat diperkukuhkan di semua peringkat universiti serta memastikan pelaksanaan inisiatif SDG yang berkesan dan holistik.

Montaj Pertandingan Sudut Lestari SDG UTeM Sempena Ulang Tahun Ke-23 UTeM

Laporan Penjajaran SDG dengan Pelan Strategik UTEM 2023-2025

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Strategik, Kualiti & Risiko
Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka, Malaysia


Tel: 06-270 4023    Faks: 06-270 1065    E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

© UTeMSDG. All rights reserved.